top of page
Illya Farhana binti Razaly

WebMaster

Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian). Mempunyai pengalaman dalam merekabentuk laman web hampir 5 tahun. "Tidak mudah untuk kita capai sesuatu yang kita hajati, tetapi tidak susah jika ia menjadi milik kita abadi" merupakan kata-kata semangat beliau untuk melaksanakan sesuatu tugasan sehingga siap.

Beliau mempunyai pengalaman pemasaran secara dalam talian (on-line) selama lebih kurang tiga tahun. Mempunyai semangat ingin berjaya dengan perniagaan, beliau bersama rakan seperjuangan membentuk satu komuniti untuk membantu memberi perkhidmatan mengenai hartanah kepada anda.

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan myProperty Agent. Seorang yang berdedikasi, komited dan tidak mudah putus asa. Mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan bermula dari ayahandanya sehingga berjaya menubuhkan agensi ini. 

 

The Perfect Eight adalah sebuah organisasi atau agensi hartanah yang ditubuh khas untuk menawarkan khidmat jualbeli hartanah dan informasi yang berkaitan jualbeli hartanah. Tujuannya adalah memudahkan pengguna berinteraksi dengan pihak agensi secara dalam talian (on-line). Dengan terhasilnya laman web "myProperty Agent" ini, kami sedia menguruskan segala aktiviti dari pelanggan kami dengan penuh dedikasi dan bertoleransi.

 

Kami sedaya upaya menyediakan dan membina sebuah platform yang akan menyediakan komuniti hartanah untuk anda. Ahli-ahli kami akan diberi satu tanggungjawab dan dorongan dalam menjalankan tugasnya bagi memperolehi keselesaan pengguna dalam menggunakan perkhidmatan kami ini.

Mohd Syauqee bin Tajudin

CEO Of myProperty Agent

Mohd Rizal bin Ilias

Property Consultant

Tentang Kami

bottom of page